Sunday, 27 January 2013

                                    Pendahuluan




Ketika jiwa kita hampa, sedih, kecewa, resah atau hilang sesuatu sehingga sukar mencari penyelesaiannya, solat adalah alternatif terbaik. Sesungguhnya, di saat kita melakukan solat, hati akan menjadi tenang dalam kekhusyukan & membara kerinduan kita terhadapNya. Selepas bersimpuh & bersujud padaNya, biasanya kita akan berdoa. Oleh itu, berdoalah dengan penuh harapan agar dimakbulkan segala keinginan & dijauhkan segala kemaksiatan agar hidup kita berkat di dunia & akhirat, insyaallah 

Solat Sunat Hajat adalah solat untuk memohon  agar hajat atau cita-citanya dikabulkan oleh Allah SWT. Solat hajat dikerjakan bersamaan dengan ikhtiar atau usaha untuk mencapai hajat atau cita-cita. Solat sunat hajat dilakukan minima dua rakaat dan maksima dua belas boleh saja dengan satu salam setiap dua raka'at, namun lebih baik dilakukan pada sepertiga terakhir waktu malam.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."
Waktu untuk menunaikan Solat Hajat :

Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
 • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat.
 Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll
Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar.
Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain



Hukum Solat Sunat Hajat

Hajat ertinya: Kehendak atau keperluan
Solat Sunat Hajat : Solat sunat yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk menyatakan kehendak, keinginan atau keperluannya kepada Allah subahanahu wa ta'ala. Para ulama mentakrifkan bahawa yang dikatakan Solat Sunat Hajat ialah solat sunat yang dikerjakan sebanyak 2 rakaat kerana sesuatu hajat kepada Allah Ta'ala baik urusan dunia mahupun akhirat.
Hukum : Sunat
Dalil : Sabda Rasulullah yang bererti :

Barangsiapa yang ada baginya hajat kepada Allah ta'ala atau kepada anak Adam, hendaklah dia berwudhuk dengan baik, kemudian solat 2 rakaat, kemudian memuji Allah dan berselawat kepada rasulNya, selanjutnya hendaklah dia membaca doa :

لا إله إلا الله الحكيم الكريم, سبحن الله رب العرش العظيم, الحمدلله رب العلمينو أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الرحمين

ertinya : Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Lemah Lembut dan maha Mulia. Maha Suci Allah Penguasa Arasy Yang Maha Agung. Segala puji Allah, Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu untuk memperolehi rahmatMu, mengharapkan keampunanMu, memperolehi keuntungan dari segala kebajikan dan kesejahteraan dari segala dosa. Janganlah engkau tinggalkan bagiku suatu dosapun kecuali Engkau ampuni, dan tidak pula suatu kesempitan kecuali Engkau lapangkan, dan tidak pula suatu hajat yang Engkau redhai kecuali Engkau tunaikan. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala yang pengasih. Selanjutnya mintalah atau kemukakanlah hajat yang engkau ingini, baik urusan dunia mahupun akhirat.


(Diriwayatkan oleh al Turmudzi dan Ibnu majah dari Abdullah bin Aufa radiyaLlahu 'anhu. Menurut al Turmudzi isnad dan perawi hadith ini menjadi perbincangan di kalangan ahli hadith)

Imam al Ghazali mengatakan bahawa solat Hajat adalah termasuk ke dalam golongan Solat Nafilah. Barangsiapa yang merasa terdesak dalam sesuatu urusan ataupun merasa perlu dalam urusan dunia atau agamanya, atau agar dia dilepaskan daripada kesempitan, hendaklah dia mengerjakan Solat Sunat Hajat ini.

Sehubungan dengan solat sunat Hajat ini, Imam al Syaukani mengatakan bahawa dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang bernama Faid bin Abd al Rahman bin Waraqa', orang ini lemah riwayatnya. Manakala Imam al Turmudzi mengatakan, bahawa hadith mengenai solat sunat hajat ini adalah hadith Gharib dan Faid adalah orang yang lemah dalam bidang hadith. Sedangkan Imam Ahmad pula mengatakan bahawa Faid adalah seorang rawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). Ibnu Arabi pula mengatakan bahawa hadith mengenai Solat Sunat Hajat ini adalah lemah.

Bagaimanapun, dalam amalan-amalan sunat kita dibenarkan mengamalkan hadith lemah, tambahan lagi kalau hadith itu disokong oleh hadith lain, sebagaimana hadith mengenai solat sunat Hajat ini disokong oleh sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al Turmudzi dari Uthman bin Hunaif dan beliau mengatakan bahawa darjat dari Uthman ini ialah Hasan Sahih. Selain itu terdapat pula sebuah sabda Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang bererti :

Barangsiapa yang berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna. Maka akan diberi oleh Allah apa-apa yang dimintanya baik segera atau lambat
(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad sahih dari Abu al Darda' radiyaLlahu 'anhu)
Sumber : Ibnu Muhammad el Fandhani, Panduan Solat-solat Sunat Berdasarkan Sunnah RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam,

Fadilat/Kelebihan Solat Sunat Hajat

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon ( Insyaallah)

Tambahan

: Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir
tetapi berdoa di dalam hati sahaja ( tidak boleh dilafazkan krn
masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya )

: Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas
memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat)

Kesimpulan


Dengan penjelasan ini, dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis tentang solat sunat hajat ini berstatus lemah. Oleh itu, mengerjakan solat sunat yang dinamakan solat sunat Hajat masih dipertikaikan kesahihannya. Namun kita dibenarkan untuk memohon apa jua hajat kita dalam solat sama ada fardu mahupun sunat terutamanya ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum salam. Apa yang lebih utama adalah jika kita panjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika masih dalam solat. Menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514:

Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu (bermunajat) kepada Tuhan-nya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan berakhirnya solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan itu dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya lebih mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).



Semoga perkongsian kami yang tidak seberapa ini menjadi panduan untuk anda semua.Kita boleh berdoa apa sahaja yang kita nak kepadaNya, tapi Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Janganlah kita mengeluh seandainya doa kita tidak dimakbulkan dan bersangka baik lah padaNya.Akhir kalam, maafkan saya kalau coretan kami ini hanya menggunakan bahasa yang simple & ada mengguris hati mana-mana pihak,kami hanyalah insan yang khilaf disisiNya