Kesimpulan
Dengan penjelasan ini, dapatlah kita fahami bahawa
hadis-hadis tentang solat sunat hajat ini berstatus lemah. Oleh itu,
mengerjakan solat sunat yang dinamakan solat sunat Hajat masih dipertikaikan
kesahihannya. Namun kita dibenarkan untuk memohon apa jua hajat kita dalam
solat sama ada fardu mahupun sunat terutamanya ketika sujud dan sesudah membaca
tasyahhud akhir sebelum salam. Apa yang lebih utama adalah jika kita panjatkan
doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika masih dalam solat. Menurut Ibnu
Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514:
Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu
(bermunajat) kepada Tuhan-nya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan
berakhirnya solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan
itu dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya
lebih mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang
dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).
Semoga perkongsian kami yang tidak seberapa ini menjadi
panduan untuk anda semua.Kita boleh berdoa apa sahaja yang kita nak kepadaNya, tapi
Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Janganlah kita
mengeluh seandainya doa kita tidak dimakbulkan dan bersangka baik lah padaNya.Akhir kalam, maafkan saya kalau coretan kami ini hanya
menggunakan bahasa yang simple & ada mengguris hati mana-mana pihak,kami hanyalah insan yang khilaf disisiNya
No comments:
Post a Comment